RAHASIA BANI JAWI/JAWA/MALAY
Rahasia Terbesar (Tersembunyi) Bani
Jawi (Melayu/Nusantara) -Siapakah Bani Jawi?
-Apa Misi rahasia Bani Jawi?
-Apa Misi rahasia Bani Jawi?
Siapakah bani Jawi/Jawa/Melayu?
Darimanakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum
yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel,Atlantis,Lemuria,Sodom and
Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri
ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa
yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di
tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’.Bangsa yang hilang masih
tidur dan ditidurkan.’Di hujung dunia’,setelah penat mengembara,bangsa misteri
berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu
walaupun Hitler telah pergi ke Tibet mencari bangsa misteri ini, tetapi dia
juga ketinggalan jejak mereka…
…… dimanakah bangsa misteri ini
meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih
nyenyak tidur!
…J. Crawfurd menambah hujahnya
dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf
kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat
dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau
sampai pada satu kesimpulan bahawa: *Orang Melayu itu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain….
… Rahasia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa
pengembara yang mencari ‘Tanah yang Dijanjikan’ semakin lama semakin terbongkar
dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan
seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang
sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa
di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak
Tua Asia Tengah yang popular itu. APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI?….
.. Bangsa terahsia inilah yang
menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan
Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia…. … Bangsa ini,
yang merupakan pemegang rahasia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang
pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak
surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti
Sumerian dan Akkadian…..
… Sesungguhnya kisah pengembaraan
bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik
Homer,The Iliad and the Odyssey….
…… Di selat Melaka, kedua-dua
kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak
menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba
melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung ‘Emas’ Tanah Melayu).
Mereka adalah serumpun dan bersaudara. Sudah lama (ratusan tahun) mereka
terpisah. Mereka berpelukan dan menangis. Ramai yang hadir melihat peristiwa
paling bersejarah ini. Mungkin cucu-cicit gadis misteri yang meninggalkan
selendang merah tadi ada di situ. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka
di
‘Tanah Yang Dijanjikan’ The Land of
The East’…….
………. Apakah rahasia bangsa Melayu
2500 tahun dahulu? Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di
Nusantara? Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods? ……….
….Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang
digelar…. ‘THE LAND OF THE GODS’
Komentar